Sabtu, 06 Agustus 2011

Temasya menyambut kemerdekaan di Indonesia

Sejarah Indonesia meliputi suatu rentang waktu yang sangat panjang yang dimulai sejak zaman prasejarah berdasarkan penemuan "Manusia Jawa" yang berusia 1,7 juta tahun yang lalu. Periode sejarah Indonesia dapat dibagi menjadi lima era: Era Prakolonial, munculnya kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha serta Islam di Jawa dan Sumatera yang terutama mengandalkan perdagangan; Era Kolonial, masuknya orang-orang Eropa (terutama Belanda) yang menginginkan rempah-rempah mengakibatkan penjajahan oleh Belanda selama sekitar 350 tahun antara awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-20; Era Kemerdekaan Awal, pasca-Proklamasi Kemerdekaan Indonesia (1945) sampai jatuhnya Soekarno (1966); Era Orde Baru, 32 tahun masa pemerintahan Soeharto (1966–1998); serta Era Reformasi yang berlangsung sampai sekarang.
Sesiapa yang ingin membaca lanjut buat permulaan boleh ke website,
http://id.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Indonesia

Tulisan ini bermaksud untuk mengumpulkan bahan penulisan berdasarkan pengalaman kawan-kawan semasa belajar di Indonesia atau yang sedang belajar di Indonesia dengan memberi komen, input, cadangan, saranan dan sebagainya bagi melengkapkan tulis ini.

Pengalaman penulis sendiri semasa berada di Bandung antara tahun 1970 hingga 1976, melihat dan mengambil bahagian dalam acara sambutan kemerdekaan Indonesia yang bermula beberapa bulan sebelum acara kemuncak pada 17 Ogos yang dijalankan.
Kami pernah mengambil bahagian dalam pertandingan catur kemerdekaan yang melibatkan warga rukun tetangga (RT) dan rukun wilayah (RW), semua penduduk digalakkan mengambil bahagian. Melalui kegiatan sedemikian, semangat patriotism dibangun dan dibina dengan teratur.

Semua pihak tahu tahap patriotism rakyat Indonesia terhadap negera mereka jauh lebih baik daripada rakyat sebahagian negara lain. Bagaimanakah mereka membina semangat ini?

Marilah sama-sama kita menyumbang idea melalui pengalaman anda di Indonesia.